KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UNIVERSITI AWAM (UA) KE-17
Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam penyelesaian masalah organisasi dan menambahbaik sistem penyampaian dalam sektor awam. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada staf untuk menggilap kebolehan dan kompetensi diri, meningkatkan kualiti dan produktiviti di tempat kerja.
Selain menyediakan penyelesaian kepada masalah sedia ada dalam organisasi, program KIK juga menawarkan teknik untuk ahli bertindak secara kreatif dan inovatif untuk mencipta sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu yang menambah baik perkhidmatan sistem penyampaian kepada pelanggan.
Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar UA Bil. 4/2022 yang diadakan pada 19 Oktober 2022 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Malaysia Pahang sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 17 iaitu pada tahun 2024.
7 hingga 8 Ogos 2024
OBJEKTIF
Objektif Konvensyen KIK UA adalah untuk:
i. memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan kakitangan universiti awam;
ii. menyediakan platform bagi meningkatkan kebolehan dan keupayaan kakitangan universiti awam untuk berinovasi; dan
iii.mengiktiraf hasil projek KIK universiti awam.
BIDANG PROJEK
Bidang projek yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
i. Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan);
ii. Inovasi Sosial (Kategori Penambahbaikan);
iii. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Kategori Penciptaan); dan
iv. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Kategori Penambahbaikan).
GARIS MASA
Garis Masa Konvensyen KIK UA Ke-17 boleh didapati dipautan di bawah:
1.GARIS MASA KONVENSYEN KIK UA KE-17
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Syarat penyertaan dan format dokumentasi Projek boleh didapati di pautan di bawah:
1. GARIS PANDUAN KONVENSYEN KIK UA KE-17
2. BORANG PENILAIAN PROJEK
BORANG-BORANG
Borang-borang penyertaan boleh didapati di pautan dibawah:
1. BORANG PENYERTAAN KONVENSYEN
2. BORANG PEMERHATI/PENYOKONG (Sila muat naik borang ini di Google Form)
MASA PEMBENTANGAN
Sesi Persediaan - 5 minit
Sesi Pembentangan - 15 minit
Sesi Soal Jawab Juri - 10 minit
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DOKUMEN
12 Julai 2024 (Jumaat)
Setiap kumpulan perlu menghantar 5 salinan dokumen
Pos ke alamat dibawah:
Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH, PEKAN
26600, PEKAN, PAHANG